Deksripsi Tugas Pembantu Arkib Gred S19

Deskripsi Tugas Pembantu Arkib Gred S19. Adakah anda pemohon yang telah membuat permohonan jawatan kosong kerajaan? Panduan buat mereka yang berminat dengan jawatan Pembantu Arkib Gred S19. Tahukah anda apa syarat kelayakan dan deksripsi tugas Pembantu Arkib Gred S19? Bagi mereka yang berkelayakan dan berminat boleh membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Arkib Gred S19 di portal rasmi SPA. Pengambilan jawatan kosong Pembantu Arkib akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Arkib Negara Malaysia.

Deksripsi Tugas Pembantu Arkib Gred S19

Deskripsi Tugas Pembantu Arkib Gred S19


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pembantu Arkib Gred S19
yang memaparkan senarai tugas, jadual gaji serta syarat kelayakan jawatan :

Bertanggungjawab menerima, menyemak dan mendaftar bahan-bahan arkib yang diterima, mendaftar bahan-bahan arkib yang diminta bagi tujuan penyelidikan dan rujukan, bahan-bahan arkib yang dikembalikan dan memastikan susunan dan pemeliharaan bahan-bahan arkib di bawah pengawasannya

Gaji Pembantu Arkib Gred S19


Berikut adalah jadual gaji
jawatan Pembantu Arkib Gred S19 yang memaparkan gaji minimum/ maksimum dan kadar kenaikan gaji tahunan :-

● Gaji Minimum : RM1,352.00
● Gaji Maksimum : RM4,003.00
● Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100

Syarat Kelayakan Pembantu Arkib Gred S19


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

Semoga perkongsian tentang Deskripsi Tugas Pembantu Arkib Gred S19 membantu boleh dijadikan panduan buat pemohon jawatan kosong SPA. Selamat maju jaya dan moga berjaya mendapat jawatan ini.

No comments:

Post a Comment