Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Deskripsi Tugas Pembantu Penilaian Gred W19. Adakah anda pemohon yang telah membuat permohonan jawatan kosong kerajaan? Panduan buat mereka yang berminat dengan jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29. Tahukah anda apa syarat kelayakan dan deksripsi tugas Penolong Penguasa Kastam Gred WK29? Bagi mereka yang berkelayakan dan berminat boleh membuat permohonan jawatan kosong Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 di portal rasmi SPA. Pengambilan jawatan kosong Penolong Penguasa Kastam akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 yang memaparkan senarai tugas, jadual gaji serta syarat kelayakan jawatan :

1. Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
2. Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
3. Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
4. Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
5. Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
6. Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

Gaji Penolong Penguasa Kastam WK29 


Berikut adalah jadual gaji
jawatan Penolong Penguasa Kastam WK29 yang memaparkan gaji minimum/ maksimum dan kadar kenaikan gaji tahunan :-

● Gaji Minimum : RM1,498.00
● Gaji Maksimum : RM5,678.00
● Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145

Syarat Kelayakan Penolong Penguasa Kastam WK29 


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,498.00); atau
● Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,498.00); atau
● Diploma dalam bidang berkaitan oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,776.08)

Semoga perkongsian tentang Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Kastam WK29 membantu boleh dijadikan panduan buat pemohon jawatan kosong SPA. Selamat maju jaya dan moga berjaya mendapat jawatan ini.

Sumber : SPA

No comments:

Post a Comment