Deskripsi Tugas Pembantu Pegawai Latihan Gred E19

Deskripsi Tugas Pembantu Pegawai Latihan Gred E19. Adakah anda pemohon yang telah membuat permohonan jawatan kosong kerajaan? Panduan buat mereka yang berminat dengan jawatan Pembantu Pegawai Latihan. Tahukah anda apa syarat kelayakan dan deksripsi tugas Pembantu Pegawai Latihan Gred E19? Bagi mereka yang berkelayakan dan berminat boleh membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Pegawai Latihan E19 di portal rasmi SPA. Pengambilan jawatan kosong Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/Jabatan dan Pentadbiran Kerajaan.

Deskripsi Tugas Pembantu Pegawai Latihan Gred E19

Deskripsi Tugas Pembantu Pegawai Latihan Gred E19


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Deskripsi Tugas Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 yang memaparkan senarai tugas, jadual gaji serta syarat kelayakan jawatan :

Bertanggungjawab mengajar secara teori dan amali dalam salah satu bidang seperti penyediaan makanan / teknologi makanan / pramusaji, kapten dan penyelia makanan / tukang jahit dan pemotong pakaian / jahitan/seni ukir perabot.

Gaji Pembantu Pegawai Latihan Gred E19


Berikut adalah jadual gaji jawatan Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 yang memaparkan gaji minimum/ maksimum dan kadar kenaikan gaji tahunan :-

● Gaji Minimum : RM1,353.00
● Gaji Maksimum : RM4,005.00
● Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100

Syarat Kelayakan Pembantu Pegawai Latihan Gred E19


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Perdagangan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau
● Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia dalam perakaunan peringkat tertinggi.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,409.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,409.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,465.80)
● Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Semoga perkongsian tentang deksripsi tugas Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 membantu boleh dijadikan panduan buat pemohon jawatan kosong SPA. Selamat maju jaya dan moga berjaya mendapat jawatan ini.

Sumber : SPA

No comments:

Post a Comment