Deskripsi Tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Deskripsi Tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19. Adakah anda pemohon yang telah membuat permohonan jawatan kosong kerajaan? Panduan buat mereka yang berminat dengan jawatan Pembantu Pendaftaran. Tahukah anda apa syarat kelayakan dan deksripsi tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19? Bagi mereka yang berkelayakan dan berminat boleh membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Pendaftaran KP19 di portal rasmi SPA. Pengambilan jawatan kosong Pembantu Pendaftaran Gred KP19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Pendaftaran Negara.

Deskripsi Tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Deskripsi Tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Deskripsi Tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19 yang memaparkan senarai tugas, jadual gaji serta syarat kelayakan jawatan :

Memproses permohonan-permohonan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Sijil Kewarganegaraan, Sijil Perkahwinan dan Penceraian dan Sijil Pindaan Butiran dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.

Gaji Pembantu Pendaftaran Gred KP19


Berikut adalah jadual gaji
jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19 yang memaparkan gaji minimum/ maksimum dan kadar kenaikan gaji tahunan :-

● Gaji Minimum : RM1,355.00
● Gaji Maksimum : RM4,007.00
● Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100

Syarat Kelayakan Pembantu Pendaftaran Gred KP19


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
● Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Semoga perkongsian tentang deksripsi tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19 membantu boleh dijadikan panduan buat pemohon jawatan kosong SPA. Selamat maju jaya dan moga berjaya mendapat jawatan ini.

Sumber : SPA

No comments:

Post a Comment