Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19 | Adakah anda pemohon yang telah membuat permohonan jawatan kosong kerajaan? Panduan buat mereka yang berminat dengan jawatan Pembantu Tadbir Kewangan. Tahukah anda apa syarat kelayakan dan deksripsi tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19? Bagi mereka yang berkelayakan dan berminat boleh membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Tadbir Kewangan di portal rasmi SPA. Pengambilan jawatan kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/Jabatan dan Pentadbiran Kerajaan.

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 yang memaparkan senarai tugas, jadual gaji serta syarat kelayakan jawatan :

● Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:

1. Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
2. Mengurus dan mengawal peruntukan.
3. Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
4. Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
5. Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

Gaji Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19


Berikut adalah jadual gaji jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19 yang memaparkan gaji minimum/ maksimum dan kadar kenaikan gaji tahunan :-

● Gaji Minimum : RM1,353.00
● Gaji Maksimum : RM4,005.00
● Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100

Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,353.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,409.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,465.80); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).

INFO BERKAITAN :

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Kementerian Kesihatan Malaysia 2018

Semoga perkongsian tentang deksripsi tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 membantu boleh dijadikan panduan buat pemohon jawatan kosong SPA. Selamat maju jaya dan moga berjaya mendapat jawatan ini.

Sumber : SPA

No comments:

Post a Comment